FinancialDiet Tips: Diet Wang sihat
Ceklist Diet Wang
(untuk elak Kanser Wang)
Terdapat 4 elemen utama : dalam memahami pecahan agihan UTAMA
[1]Perlindungan-10%
[2]Simpanan-10-20%
[3]Pelaburan-10-20%
[4]Agihan (wasi,wasiat hibah, waqaf)
1. 1-Dana Hutang – ianya elemen paling utama memandangkan sebagai manusia kita percaya kita pasti akan MATI nanti dan sebagai muslim kita percaya hutang berkait dengan perjalanan alam barzakh kita kelak.
Maka, tekniknya adalah senaraikan jumlah HUTANG -jika sediada dan tolak nilai hutang yang sedia ada perlindungan insurans/takaful
( if Death / TPD)
SUPAYA WARIS TIDAK TERBEBAN DAN ROH KITA
TIDAK TERGANTUNG .
Ramai yang berdebat panjang lebar tentang HIBAH adalah hadiah dan waris tidak WAJIB bayar HUTANG.
Ya, saya akui, pernyataan tersebut memang betul, namun, berapa ramai dari kita yang tidak sayangkan arwah pasangan, ibubapa kita?
jangankan isu kasih sayang sahaja, isu sebagai NEXT KIN juga akan dicari oleh pemiutang /bank bukan?
Ramai yang berdebat panjang lebar tentang HIBAH adalah hadiah dan waris tidak WAJIB bayar HUTANG.
Ya, saya akui, pernyataan tersebut memang betul, namun, berapa ramai dari kita yang tidak sayangkan arwah pasangan, ibubapa kita?
jangankan isu kasih sayang sahaja, isu sebagai NEXT KIN juga akan dicari oleh pemiutang /bank bukan?
Jadi, bagaimanakah WARIS boleh/ mampu melangsaikan hutang arwah?
simpanan arwah, simpanan sendiri? derma kilat? bantuan Zakat?...
Mari kami beri 1 cadangan solusi pada klien, buka 1 akaun "HIBAH LEGASI" demi jaminan kesinambungan kehidupan waris yang kita kasihi, terutama kepada balu dan anak-anak yatim tersebut.
TIPS PENGIRAAN :
Senaraikan jumlah HUTANG -
Hutang PTPTN : RM20,000
Hutang PERABOT : RM5,000
Loan KERETA :RM50,000 (Baki) (ada takaful)
Loan RUMAH : 300,000 (ada MRTT)
Personal Loan : 100,000 (tujuan bisnes)
maka, keperluan dana Hutang = RM125,000 (tolak yang sedia ada insurans/takaful) ,
dan adakah anda memiliki aset cair semasa bernilai ini? Solusinya adalah, "sign-up " pelan HIBAH Takaful , kerana, walau baru 12hari buka akaun,DANA 125,000 tadi dah tersedia 24jam jika musibah kematian/LUMPUH kekal terjadi. Jadi sekiranya semalam anda Meninggal Dunia/ Lumpuh kekal, anda /waris bakal menerima pampasan TAKAFUL bernilai = 125,000 bagi melindungi hutang tersebut.
2- Dana “ Income Replacement” – melebihi 10 tahun
nilai gaji semasa jika ditimpa musibah LUMPUH KEKAL (TPD )
Boleh fokus untuk sembuh tanpa perlu
berpindah rumah atau menukar lifestyle family,
Cara pengiraan adalah :
setahun gaji = RM60,000
maka , 7 ke 10 tahun = RM420,000 -RM600,000 nilai perlindungan
atau sekurang-kurangnya paling rendah , untuk tempoh 5 tahun = RM300,000
3.a -Dana biaya-Kos rawatan hospital swasta; merupakan suatu JAMINAN Perlindungan Bil Hospital semasa
atau sebagai persediaan persaraan kelak .
Sebagai contoh; semasa anda bekerja kini, dengan jawatan, anda diberikan manfaat hospital swasta yang hebat seperti Prince Court atau KPJ,
namun,adakah anda masih boleh admit ke hospital 5 bintang
seperti "Hospital Prince Court" secara percuma jika anda telah diberhentikan kerja / bersara kelak?
Oleh itu atau sebagai alternatif kini jika kad perubatan yang majikan beri ada had yang terhad,atau untuk tujuan bersara nanti .
Oleh itu setiap anda harus memiliki kad perubatan personal dengan had tahunan melebihi 100ribu setahun.
3.b- Dana "Critical Illness" :
…merupakan sebuah perlindungan untuk "survive" sekiranya peserta mengidap sebarang sakit kronik,
nilai yang dicadangkan adalah serendah RM30,000
atau melebihi setahun nilai gaji anda.
Contoh kiraan:
Gaji sebulan 3,000
Gaji setahun 36,000
Maka nilai DANA CI yang minima untuk anda adalah 36,000 atau sebaiknya melebihi 5tahun gaji .
Agar boleh menampung biayai selain
dihospital seperti contoh;
untuk rawatan alternatif, membeli makanan “supplement” , atau untuk
upah jururawat profesional menjaga dirumah
4- Simpanan jangka masa sederhana-Panjang – Pendidikan
5. Tabung Persaraan (adalah simpanan secara berkala)
Digalakkan simpan secara disiplin setiap
bulan di tempat memberi ROI lebih tinggi daripada bank, seperti di ASB, Tabung
Haji, Unit Amanah .
Kami juga ingin perkenalkan program simpanan berkala sebagai "Duit Sorok Tepi" iaitu ENRICH REZEKi yang memberikan pulangan sebaik unit amanah namun mempunyai risiko serendah Tabung Haji. (JAMINAN MODAL)
contoh pengiraan persaraan :
Tempoh bekerja - 30 *umur bersara 60tahun
tempoh hidup selepas bersara - 20
pendapatan selesa - RM10,000 sebulan
maka, pada usia 60tahun, sekurangnya perlu ada nilai wang = 20x12bulanx10,000 = RM2,4juta *tanpa ambil kira % inflasi.
Maka, dalam tempoh 30tahun bekerja= wang aktif, kita perlu pelbagaikan simpanan dan pelaburan bagi mencapai matlamat 2.4juta tersebut (diversify)
"don't put all your eggs in one basket"
Tips Duit sorok tepi/ back Up pencen;
1. Strategi yang semua patut tahu atau SUDAH tahu, laburkan WANG di tempat potensi R.O.I tinggi
1. Strategi yang semua patut tahu atau SUDAH tahu, laburkan WANG di tempat potensi R.O.I tinggi
2. Mula sekarang, disiplin dan konsisten meyimpan dan melabur
3. Tambah pendapatan melalui 2 kerja "2k" seperti menyertai bidang takaful, realtor dan banyak lagi.
4. Kurangkan perbelanjaan (jimat) melalui ubah gaya hidup mewah ke sederhana.
6. Tabung Emergency – kirakan/ketahui nilai 3-6 bulan jumlah nilai gaji kita dan simpan/asingkan di tempat mudah keluar pada bila-bila masa. Seperti contoh;bank.
Jika perlukan perbelanjaan mengejut, atau
jika tiba-tiba diberhentikan kerja dan dalam proses mencari kerja baru, pinjaman bank
masih boleh dibayar.
7. PORTFOLIO pelaburan (duit lebih bukan duit pinjam)
Mulakan langkah untuk wang bekerja untuk anda melalui Pelaburan lebih aktif – dalam pasaran saham,hartanah,emas dan banyak lagi, namun konsep PENTING untuk melabur gunakan wang lebihan dari perbelanjaan dan simpanan kita.
"High Risk High Return ."
Jangan mudah terjebak dengan skim cepat kaya , JAUHI apa sahaja bentuk pelaburan yang minta anda MODAL besar melalui PINJAMAN bank dan menjanjikan UNTUNG tetap setiap bulan/tahun .
Jangan mudah terjebak dengan skim cepat kaya , JAUHI apa sahaja bentuk pelaburan yang minta anda MODAL besar melalui PINJAMAN bank dan menjanjikan UNTUNG tetap setiap bulan/tahun .
Mulakan pelaburan dengan membayar untuk mencari ilmu kepandaian sebelum rugi membayar harga kelalaian/kebodohan.
Pelaburan hartanah :
Merupakan salah satu pelaburan paling SELAMAT sejak berzaman dan memberikan kekayaan yang berterusan jika ada strategi yang betul.namun ia perlu mula dengan modal deposit mencari ilmu dahulu.
Selesai 7 langkah dalam perancangan DIET WANG SIHAT;
Sebagai orang islam, wajarlah kita membuat persediaan pengagihan harta pusaka kelak.
- Estate planning– membuat perancangan dan pengagihan selagi masih bernyawa.
Lantik wasi, penama, wasiat 1/3,
sebarang perancangan waqaf, sebarang perancangan
hibah terutama harta tak alih seperti hartanah dan perniagaan .
**( antara golongan kritikal- tiada anak , tiada anak
lelaki, tiada ibubapa kandung dan memiliki anak angkat)
Cadangan
ringkas, lantik trustee,sebagai pemegang amanah
Sangat penting juga menyediakan dokumen HIBAH hartanah ;
kerana
Nilai Hartanah Semasa sentiasa meningkat,
takut nanti,waris kita tidak mampu hendak kontrakan dengan duit tunai untuk bayar bahagian faraid bagi waris berhak yang lain.
Sekian perkongsian perancangan kewangan ISLAM mengikut tip semakan ;
" segitiga- Diet Wang Sihat"
Dinie Ahmad , IFP
012 2969 508
Ceritified Islamic Financial Planner
Agency Manager
IMTIYAZ CONSULTANCY SDN BHD
Comments
Post a Comment