Tips memilih Pelan Takaful Terbaik
tips cara memilih
Pelan Perlindungan Takaful Terbaik
manfaat-manfaat UTAMA yang terpenting perlu dipertimbangkan semasa memilih plan takaful personal adalah:
1. Manfaat Asas (kematian/lumpuh) : - lagi tinggi lagi bagus , kerana..bila peserta ditimpa musibah lumpuh, dana yang banyak tersebut digunakan sebagai ganti Pendapatan kita ( income protection ). Cadangan minima *3-10tahun nilai *gaji kasar kita.
2- Critical illness :- walau kita ada kad perubatan utk biaya kos-kos bil yang mencecah ribuan ringgit bagi rawatan di hospital tersebut.. kita masih perlukan wang utk survive jika majikan beri cuti tanpa gaji atau diberhentikan kerja akibat sakit kritikal tersebut..
*sekurang2nya Dana sakit kronik bermula dengan RM20,000 atau seminima setahun nilai gaji kita.
3. Limit @Had kad perubatan setahun : - lebih tinggi lebih bagus sebab inflasi, kos perubatan meningkat setiap tahun. Walaupun masuk hospital kerajaan masih akan kena bayaran
*tidak pernah kita orang tidak cukup LIMIT seumur Hidup kan?, tetapi banyak kita lihat,dengar atay VIRAL kes nak claim HAD LiMIT setahun tidak cukup, sebab kebanyakan syarikat meletakkan jad seumur hidup tinggi/malah ada yang UNLIMITED, tetapi nila setahun diletakkan had rendah sahaja contoh 100,000/1,000,000.
Jadi, penting kita perhatikan HAD SETAHUN / Annual Limitnya.
4. Elaun hospital :- seeloknya sama *gaji kita sehari. Sebab setiap hari bila kita tidak bekerja dan duduk di hospital, kita masih mendapat elaun seperti gaji kita atau seminima nilai RM100 sehari.
Walau impaknya tidak sebesar memiliki kad perubatan 1juta, namun ia membantu sebagai tambahan pendapatan sekira kena bercuti lama tanpa gaji dan sebagainya.
5. Waiver : - supaya jika kita diberhentikan kerja kerana sakit kritikal *(seperti sakit kanser, jantung dan sebagainya) ,sudah pasti caruman menjadi beban..
maka manfaat ini , menjadikan polisi kita " PERCUMA " ,sehingga 100tahun.
Tambahan;
✅ Konsultan @ Ejen "profesional" yang sepenuh masa dan berpengalaman lama atau yang separuh masa tetapi komited dalam bidang ini..bukan ejen "touch & gone"
Comments
Post a Comment