Posts

Showing posts from 2019

Polisi PENYAKIT KRITIKAL buat pemegang polisi takaful SEDIA ADA.

Image
PERHATIAN : Terutama bagi yang melanggan medical card atau hibah takaful.  Pernah tak rakan-rakan semak berapa coverage untuk pampasan PENYAKIT KRITIKAL? Nah bacakan antara perkongsian dari rakan seperjuangan saya, Tuan Afyan...juga sedikit coretan tambahan saya.. "Majoriti pemegang polisi takaful yang saya jumpa, hanya fokus kepada medical card dan mengabaikan coverage income protection. Manakala bagi pemegang polisi hibah takaful pula, masih belum complete fungsi income protection apabila hanya fokus coverage bagi pampasan kematian dan lumpuh sahaja. Ia dikukuhkan lagi dengan kenyataan daripada Persatuan Insurans Hayat Malaysia atau Life Insurance Association Malaysia (LIAM) bahawa 90% daripada pemegang polisi insurans di Malaysia tidak cukup jumlah perlindungan. Manakala maklumat daripada MTA (Malaysian Takaful Association) mengatakan BAHAWA purata jurang perlindungan pemegang polisi takaful di Malaysia adalah RM200,000.  Bagaimana pula dengan coverage bagi pampasa

TIPS 3K UNTUK ELAK BELI HARTANAH YANG BOLEH JADI FAKTOR POKET KORANG MAKIN KURUS!

Image
TIPS 3K UNTUK ELAK BELI HARTANAH YANG BOLEH JADI FAKTOR POKET KORANG MAKIN KURUS! . Ramai yg nak beli rumah wajib tahu bahawa rumah boleh jadi #rahmat atau jadi #mayat dalam hidup kita. Kalau beli dengan ilmu yang betul, in shaa allah rumah tu akan buat kita #bahagia. Kalau tersilap beli boleh jadi #bahana!  Jom khatamkan  3K ni; . ✍K1 #Kemampuan Wang (Holding Power) . Ramai yang beli rumah tidak ukur baju di badan sendiri.  Rumah yg kita #mahu itu mungkin bukan rumah yg kita #mampu.  Walaupun korang mungkin nak sewakan rumah itu, korang mesti mampu bayar jika tiada penyewa,  jadi jika korang nak beli 10 hartanah, pastikan korang mampu /reserved atleast 3 ke 6bulan total  bayaran ansuran bulanan * installment   bagi jumlah  kesemua sepuluh (10) buah hartanah tersebut. Layak/mampu dari segi slip gaji dan dokumen bank , belum pasti korang mampu dengan " cost of living / lifestyle " korang. Sebagai contoh: Kalau baru kahwin, anak seorang, perlu ke tinggal di SemiD

Tip kewangan Orang Muda kena tahu

Image
Tip kewangan Orang Muda kena tahu Zaman kini, nak jumpa JUTAWAN muda bukan perkara pelik, zaman teknologi dihujung jari,  "game" bisnes sudah banyak berubah terutama bisnes retail / trading. Coach puji, ramai orang muda, orang Melayu Islam kita dan celik ILMU serba serbi pasal bisnes dan  pandai berbisnes sampai berjaya dan kaya. Namun, dikalangan orang muda, masih ramai yang tiada pendedahan tentang ILMU URUS DUIT, atau URUS KEKAYAAN. jika tak, masakan statistik AKPK menunjukkan berikut; Pada umur yang muda, mereka sudah jadi muflis.  Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dalam laporannya menyatakan golongan inilah yang menghadapi masalah menyelesaikan hutang, 27% menyatakan bahawa mereka hilang kawalan akan kegunaan kad kredit mereka dan 22% menyatakan bahawa mereka menghadapi keadaan susah kerana pengurusan yang lemah. Menurut kajian yang dikendalikan oleh Citibank (The Star, 19/2/2009) pula: • 37% responden menyatakan bahawa mereka agak bimbang akan m

Fungsi Polisi Sakit Kritikal 1JUTA vs Medical Card 1JUTA.

Image
KEHIDUPAN REALITI : Polisi Sakit Kritikal  Bila saya melakukan promosi booth dan taklimat, situasi ini selalu juga berlaku kepada saya; "Puan Dinie, saya sebenarnya sudah ada medical card unlimited",  "Saya juga sudah ada hibah takaful RM1 juta. Jadi saya sudah tidak fikir saya perlukan lagi sebarang polisi takaful tambahan", kata seorang prospek. "Wah, bagusnya ! Bukan semua orang macam Cik ini yang memiliki kesedaran kepentingan takaful ", kata saya. Dia memandang saya sambil senyum. Kemudian saya bertanya; "Namun, jika cik ditimpa penyakit kritikal, berapa banyak nilai coverage polisi cik?" "Unlimited!", katanya penuh keyakinan "Maksud "unlimited",  polisi yang cik itu boleh memberikan seberapa  banyak amaun pampasan yang cik perlu jika disahkan penyakit kritikal?", tanya saya  Prospek mengangguk-angguk namun ada sedikit kelainan diwajah beliau. Saya tanya semula. "Jadi,  pampasan tunai yang cik a

SIAPAKAH 3 orang panggilan KECEMASAN anda?

Image
Kita selalu lihat VIRAL orang minta derma di FB, di dada akhbar, dan kita rasakan ia hanya terjadi pada orang lain, orang yang tidak kita kenal, Agak-agaknya, kalau kita ambil tauladan dan letakkan diri kita ditempat mereka bagaimana agaknya? Mari kita bacakan perkongsian rakan kita dibawah dalam ujikaji dia. Test pinjam RM10,000 sahaja. "Kalau saya nak pinjam RM10,000 esok,sebab nak buat deposit operation kat hospital,boleh tak bagi pinjam saya?" Orang pertama yang kawan aku pilih untuk call adalah isteri dia. Aku pendekkan cerita,kawan aku call isteri dia dan buat "wayang" pasal nak pakai duit untuk hospital, ini respon yang isteri dia bagi: 1. Isteri dia bebel dan tanya macam-macam. 2. Takkan lah mahal sangat sampai nak pinjam RM10,000. 3. Kesimpulannya isteri dia macam tak boleh tolong dengan amaun banyak tu. Okay beralih kepada orang terpilih kedua.  Kawan aku pilih untuk call kawan yang dia anggap bff dia. Pendek cerita, respon bff: 1.

GAJI SISWAZAH MAKIN SIKIT!???

Image
GAJI SISWAZAH MAKIN SIKIT!??? Terkesima juga membaca headline ini, bagaimanakah nasib anak2 kita kelak kan? Moga sentiasa dalam lindungan Allah SWT. Berbalik kepada isu diatas, ya..sepuluh tahun lepas gaji permulaan saya pun sekitar 1.3k, tidak kusangka nak masuk tahun 2020, gaji fresh gred masih sekitar itu,  sedangkan harga rumah, inflasi, harga perubatan harga bahan basah, makan minum semua meningkat ,  dulu nasik lemak 50sen masih banyak,  roti gardenia pun sekiyar RM1.80++, baru2 ni tgk harga roti dah nak RM4,  kicap, sos, sardin dan sebagainya semua hamoit RM5 setiap 1. Harga Rumah, lagilah jangan cakap, di klang valley, tumpuan pusat bandar, harga mampu tengok sahaja. Bayangkan klien2 saya yang rata2 golongan profesional, namun masih ramai tak memiliki asset rumah ,jika ada pun yang beli kena berkongsi payslip dgn pasangan atau famili dan merugikan peluang memiliki 2 biji seorang dan 4biji suami isteri. Apakah silapnya? Bagaimanakah cara atasi? Apanperlu kita buat de

INCOME PROTECTION

Image
tujuan memiliki polisi jenis IP adalah; 1. Perlindungan HUTANG, kerana waris boleh menggunakan pampasan atas kematian peserta untuk menyelesaikan hutang arwah, supaya perjalanan roh arwah tidak tergantung. 2. Sebagai tambahan kepada MRTT hartanah anda, kes studi, atas kenaikan BLR/BFR telah terjadi Perlindungan MRTT yang sedia ada tidak mencukupi, dimana waris perlu membayar baki tunggakan mencecah ratusan ribu, sanggupkan anda membiarkan rumah tersebut tergadai dan waris dihalau keluar,  kerana waris tidak mempunyai wang untuk selesaikan baki pinjaman. 3. Hibah adalah hadiah, anda menghadiahkan pampasan kepada waris yang anda sayangi sebagai legasi anda. 4. Wang sara kehidupan, bayangkan jika pasangan anda tidak bekerja, atau anda.membayar separuh perbelanjaan rumah, bila anda telah tiada,  SIAPAKAH yang akan tolong bantu bayarkan dan tanggung keluarga anda? Kiraan cadangan adalah, melebihi nilai 3tahun gaji anda. 5. DANA Tunai Sakit Kri

Hukum insurans nyawa

Hukum insurans nyawa.  Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-16 yang bersidang pada 15-16 Feb 1979 telah membincangkan mengenai insurans. Persidangan telah memutuskan bahawa insuran nyawa sebagaimana yang dikendalikan oleh kebanyakan syarikat insuran yang ada pada hari ini adalah haram dan sebagai suatu muamalah yang fasad kerana aqadnya tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam iaitu: Mengandungi gharar (ketidak-tentuan)  Mengandungi unsur judi.  Mengandungi muamalah riba. Hukum insurans am  Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 - 3 Februari 2008 telah membincangkan Kajian Hukum Insurans Am. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum ke atas Insurans Am adalah tidak diharuskan oleh Islam. Hukum mempromosikan produk insurans konvensional.  Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-89 yang

Betul ke rumah sebagai Perlindungan / Legasi?

RUMAH UTK WARIS . Betul ke rumah sebagai Perlindungan / Legasi? =================================== Begini, Ini saya nak cerita pendek sahaja, saya tak  pandai nak tulis panjang panjang... Sebelum tu saya nak ucapkan takziah untuk ahli waris  Allahyarham Mohd Hafiz, (pemandu ambulan meninggal dunia sewaktu sedang membawa pesakit) semoga arwah ditempatkan di kalangan orang orang yang soleh... Apa yg saya nak share adalah, pada awal tahun 2019 ini , arwah ada membeli rumah  semi-D di Bandar Baru setiawan. Segala dokumen pembelian alhamdulillah dah lengkap dan selesai. Namun, siapa tahu, arwah telah dipanggil mengadap sang pencipta tiba-tiba, innalillah, dari DIA kita datang, kepada DIA kita kembali..wallahua'lam. Walaupun begitu, Alhamdulillah arwah telah tinggalkan sebuah rumah  secara #percuma untuk waris waris arwah. Arwah membeli rumah melalui kami di #KOHAB menggunakan pinjaman #Lppsa... Rumah nie akan terus menjadi milik pewaris tanpa waris perlu bayar sebarang ba

Pengenalan ARM & Hartanah

Kami , tim dari Alhambra Ringgit telah menambah satu lagi sayap ruang dan peluang bagi PENCINTA HARTANAH atau bagi newbie HARTANAH. Kami adalah ahli bagi Koperasi Hartanah Anggun Berhad (K.O.H.A.B) Yang membenarkan kami mempromosikan projek- projek hartanah undercon MAMPU milik dan MESRA WALLET bagi masyarakat Malaysia. Projek-projek di bawah KOHAB terdiri dari rumah landed ,apartment, kondominium, malahan pembinaan BANGLO diatas tanah sendiri. KOHAB pakar dalam membantu menguruskan LOAN LPPSA bagi pembeli yang layak khususnya kakitangan kerajaan dan badan berkanun. Dan kelebihan UTAMA PROJEK KOHAB, Pembeli tidak perlu mengeluarkan sebarang WANG TUNAI (Cash) kerana tawaran kami adalah; "Skim zero Deposit" serta beberapa manfaat lain seperti free Legal, free S&P, free cukai  *tertakluk T&S Sebarang info lanjut tentang senarai  Projek kami dan perkara berkaitan "kelayakan PINJAMAN" secara LPPSA atau bank (swasta), boleh terus menghubungi contact detai

4 Teknik Jana INCOME dari Hartanah

Banyak perkara yang coach nak kongsikan, Sebenarnya ada banyak cara atau teknik nak buat duit melalui hartanah. Tapi, nah coach bagi 4 teknik yang paling femes dan ramai orang tahu dan terdedah! Jadi, Jika koorang berminat nak ceburi pelaburan ini dan buat untung? Korang berada dekat tempat yang betul tapi boleh melingkup kalau tanpa ILMU yang betul. Sebelum apa-apa, dan yang paling penting; Coach nak maklumkan yang ini bukan skim ‘cepat kaya.’ Pelaburan hartanah perlukan masa. Ini bukan pelaburan untuk orang yang nak untung esok lusa, kata kuncinya objektif & tempoh (duration.) AMARAN :  ini untuk newbie, yang dah pandai, boleh kongsikan lagi ILMU PUTAR Halilintar hartanah korang. Mari memahami macam mana nak jadikan pelaburan jana untung untuk jangka masa pendek dan panjang. Mengikut kebanyakan pelabur pelabur hartanah; ada 4 cara bagaimana pelaburan hartanah dapat menjana pendapatan,  dan menjadikan seseorang jutawan. Namun demikian, bukan bermakna jika kora

Dalil dari Quran & Hadith (Perihal Takaful)

Perkataan Takaful  berasal dari perkataan arab "KAFALA" yang bemakna jamin-menjamin.. Keberkesanan Takaful dalam memudahkan urusan selepas kematian memang tidak boleh disangkal sama sekali. Tetapi, adakah kontrak dan sistem Takaful ini benar-benar selaras dengan aturan Al-Quran dan Hadith? Takaful merupakan salah satu konsep insurans yang berasaskan Muamalat Islam yang berlandaskan hukum Syariah. Konsep ini sebenarnya telah diamalkan sejak lebih 1,400 tahun. Pada asasnya, sistem Takaful berteraskan konsep kerjasama, tanggungjawab, jaminan, perlindungan dan saling membantu dalam kalangan para pesertanya. Kita akan merungkai persoalan berkenaan Takaful dan perkara berkaitan bagaimana sistem Takaful ini mampu memudahkan urusan anda dan keluarga anda apabila terjadi risiko-risiko yang datang tanpa diberi isyarat melalui Dalil-Dalil dari Al-Quran dan Hadith. ◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇ 1. Dalil Melarang Hutang Dalam al-Quran, ayat yang paling panjang adalah mengenai Hutang. Al-B

Income Protection atau Polisi Hibah Takaful sebagai Legasi

Image
Pernahkah anda tahu apa itu pelan  Income Protection atau polisi HIBAH legasi?   Pelan ini adalah satu bentuk polisi yang melindungi peserta jika berlaku 2 musibah besar semasa hayat, iaitu 1)Jika ditakdirkan Allah menjemput kita pulang kepangkuanNya (meninggal dunia) Atau, 2)Jika diuji dengan Hilang Upaya menyeluruh (TPD) (Hibah bermakna Hadiah/Pemberian) Polisi hibah ini memberikan pampasan yang bertindak sebagai  backup plan  bagi kita atau keluarga kita. Iaitu sejumlah pampasan akan diberikan kepada kita / waris kita, sebagai bantuan melangsungkan kehidupan dalam masa yg sukar tersebut. - Dalil Quran merancang tentang Nafkah untuk waris - Kenapa kita perlu memiliki nilai Coverage sama dengan nilai pendapatan kita? Kebiasaannya, gaji yang kita terima setiap bulan itu akan kita gunakan untuk membayar pelbagai komitmen hutang dan perbelanjaan keluarga. Pernahkah kita terfikir, andaikata hari esok adalah hari terakhir kita,  adakah keluarga, isteri dan ana

BILAKAH MASANYA ORANG SEKELILING KITA SIBUK NAK TAHU KITA ADA TAKAFUL ATAU TIADA ?

=================================== Sepanjang pengamatan saya adalah bila musibah telah terjadi.... Contoh : 1) Bila kawan kita si A diuji sakit kritikal , akan datang hamba Allah yang akan bertanya ' ko ada ambil plan medikal card tak ? ' 2) Bila kawan kita si B diuji dengan kemalangan dan lumpuh akan datang hamba Allah yang akan bertanya ' ko ada ambil Takaful tak ? ' 3) Bila kawan kita si C yang berstatus suri rumah anak 5 yang tiba-tiba diuji kematian suami akan ada hamba Allah yang akan bertanya '  suami ko ada ambil Takaful tak ? ' ◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇ Alangkah bagusnya kalau soalan itu di tanya sebelum musibah terjadi , sebelum semuanya sudah terlambat , kita ambil peduli adakah insan-insan tersayang disekeliling kita sudah mencarum di Takaful sebagai ikhtiar menangani musibah tidak di duga akan datang. Kami ,sebagai Perunding Takaful boleh bertanya tetapi kalau dengan kami , Ramai orang suka mengelak , sebaliknya kalau soalan itu dari yang bukan

6 perkara Anak Muda Wajib Target sebelum 35tahun

6 Perkara Anak Muda Wajib Target Sebelum Umur 35 Tahun ❌ Ramai anak muda tidak tahu apa matlamat mereka perlu capai lagi 5 ke 10 tahun. 👉🏻 Bermula dari hari ini, cuba letakkan 6 matlamat ini dulu, capai 6 ini, anda memang awesome! (Future plan) 1. Bila start bekerja..fikir, apa yang boleh beri pada ibubapa, tanda penghargaan didik dan besarkan kita.. atau cara nak balas budi yg kecil..tapi kita mampu konsisten, contoh nak bayarkan bil api&air ke,nak bg duit kopi ke..or hanya belikan hadiah setiap bulan berupa benda @ makanan yang ibubapa kita suka. Keyword dia..mesti konsisten berterusan beri. . . 2. Target untuk  duduk di rumah sendiri..walaupun kecil , namun memadai sebagai rumah permulaan . . . 3. Target memiliki sebuah  atau 2 buah rumah untuk pelaburan (investment), back up plan for future. . . 4. Simpanan enam bulan ke setahun gaji (emergency/overhead) . . 5. Simpanan bulanan tetap. Contoh simpan di ASB, Emas dan Tabung Haji,Unit trust. . . 6. Kereta ya