8 sebab tuntutan (CLAIM) anda ditolak
1. Anda tidak mengesahkan penyakit sedia ada Dalam kontrak Takaful, anda perlu mengesahkan sekiranya anda ada menghidapi penyakit sewaktu memohon pelan Takaful tersebut. Ketahui bahawa pihak Takaful boleh mendapatkan laporan perubatan dari jabatan tuntutan yang akan melakukan siasatan sebaik sahaja tuntutan dibuat. Jika anda membuat tuntutan untuk penyakit yang sedia ada yang tidak diisytiharkan, tuntutan Takaful bakal ditolak. Oleh itu berlaku jujur dan dedahkan maklumat sebenar. 2. Anda tidak memahami terma dan syarat perlindungan Takaful Perlindungan Takaful adalah berbeza antara syarikat Takaful. Oleh itu, anda disarankan untuk memahami terma dan syarat bagi pelan yang dimohon, terutamanya jenis penyakit dibawah tuntutan dan sebaliknya. Fahami juga perbezaan antara pelan perubatan dan pelan penyakit kritikal. Bagi pelan perubatan, perlindungan adalah untuk situasi kecemasan yang memerlukan pesakit dimasukkan ke hospital. Pelan ini akan menanggung kos sepanjang pesakit