Income Protection atau Polisi Hibah Takaful sebagai Legasi

Pernahkah anda tahu apa itu pelan Income Protection atau polisi HIBAH legasi? 



Pelan ini adalah satu bentuk polisi yang melindungi peserta jika berlaku 2 musibah besar semasa hayat, iaitu

1)Jika ditakdirkan Allah menjemput kita pulang kepangkuanNya (meninggal dunia)

Atau,

2)Jika diuji dengan Hilang Upaya menyeluruh (TPD)

(Hibah bermakna Hadiah/Pemberian)

Polisi hibah ini memberikan pampasan yang bertindak sebagai backup plan bagi kita atau keluarga kita.

Iaitu sejumlah pampasan akan diberikan kepada kita / waris kita, sebagai bantuan melangsungkan kehidupan dalam masa yg sukar tersebut.


- Dalil Quran merancang tentang Nafkah untuk waris -



Kenapa kita perlu memiliki nilai Coverage sama dengan nilai pendapatan kita?

Kebiasaannya, gaji yang kita terima setiap bulan itu akan kita gunakan untuk membayar pelbagai komitmen hutang dan perbelanjaan keluarga.

Pernahkah kita terfikir, andaikata hari esok adalah hari terakhir kita, 

adakah keluarga, isteri dan anak-anak kita masih boleh meneruskan kehidupan tanpa kehadiran kita secara tiba-tiba?

Ambil contoh, 

kita bergaji RM3,000 setiap bulan, isteri tidak bekerja dan mempunyai 2 orang anak.

Gaji RM3,000 inilah digunakan untuk membayar hutang-hutang dan perbelanjaan harian dan bulanan kita.

Jika ditakdirkan secara tiba-tiba esok hari adalah hari terakhir kita, bagaimana orang-orang yang kita sayangi ini dapat meneruskan kehidupan seperti kita 'masih ada' di samping mereka?

Dari mana mereka boleh dapatkan gaji RM3,000 setiap bulan bagi membayar segala hutang dan perbelanjaan yang selama ini kita yang menanggungnya sekurang-kurangnya untuk sesuatu tempoh masa?


Ya, betul , arwah ada harta lain seperti simpanan, rumah, kwsp, saham, kereta dan sebagainya, namun kesemua itu perlu melalui proses pembahagian harta yang biasanya memakan masa 6bulan dan keatas, jika ia semudah 123, manakan lebih 60billion harta umat Islam terbeku di Amanah raya.

    -carta alir wang pusaka selepas kematian-

.

.

.


Jadi, ambil tahu dan bertindak kerana kesannya adalah pada  keluarga kita kelak.

Lindungi pendapatan dengan perancangan  risiko untuk kita dan untuk kelangsungan hidup mereka yang kita sayangi.


Cadangan nilai keperluan INCOME Protection atau polisi Hibah Legasi adalah bersamaan dengan nilai gaji bermula 3tahun atau melebihi 7tahun nilainya.

Kami, perunding Islam juga, suka nak berkongsi melalui mengambil ibrar dari surah yusof ayat 47-48 ,

Yang kita patut buat perancangan backup /simpanan untuk 7 tahun lamanya.




- tip kiraan adalah kita asingkan sekurang-kurangnya 10% dari  pendapatan bulanan kita untuk mencarum dalam akaun perlindungan  takaful,

contoh;

Gaji sebulan RM3,000, 

setahun RM36,000, 

7 tahun - RM252,000

Jadi pilihlah caruman pelan takaful tersebut yang tidak melebihi RM300 sebulan bagi nilai  perlindungan (Coverage) bermula sebanyak RM252,000 atau lebih.

(*selalunya ia bergantung dengan faktor umur, jantina dan kesihatan individu tersebut.)


-Jadual contoh dari syarikat AiA Takaful-


Cuba anda kira , jika simpan sendiri RM50 sebulan memerlukan lebih 300 tahun untuk cukupkan Dana Legasi bernilai RM200,000 untuk keluarga.

Namun dengan mencarum / memiliki polisi Hibah seperti diatas ,anda hanya perlu asingkan/mencarum tak sampai RM50 sebulan , dan dana sehingga RM100,000 tersedia 24jam.

.

.

.

Namun begitu, jika wang pampasan sebanyak itu tidak diuruskan dengan baik, sekelip mata mungkin akan habis,

....maka cadangan kami kepada klien / waris untuk menyimpan dan melabur sebahagian dari dana pampasan Hibah / Income Protection tersebut, seperti poster berikut;




Semoga perkongsian ini membantu masyarakat lebih peka dan memahami konsep Polisi HIBAH Takaful atau Polisi INCOME PROTECTION.


Bertindak segera, selagi kita semua masih ada 5 PERKARA sebelum 5 PERKARA.




Nota kaki: Hibah Takaful bukan HIBAH untuk harta sedia ada, jika mahu buat perancangan HIBAH atas hartanah, saham, kereta, dan lain - lain aset, kita perlukan dokumen legal yang disediakan agensi peguam atau trustee.

Syukur di Alhambra, kami juga konsultan kepada perancangan hibah, wasiat & pengurusan harta pusaka bersama dengan Wasiyyah Shoppe.

 jika anda memerlukan khidmat nasihat jangan segan menghubungi kami .



Sekian dan wassalam,

Dinie Ahmad

Islamic Financial Planner

Founder of ARM

Comments

Popular posts from this blog

Al Hambra Laju & Maju

6 Risiko Pemilikan / pelaburan dalam Hartanah

Al Hambra Partners