PELABURAN HARTANAH
" Menjadi Jutawan melalui Hartanah"
Ramai yang masih belum faham macam mana nak jadikan pelaburan jana untung untuk jangka masa pendek dan panjang.
Mengikut kebanyakan pelabur pelabur hartanah, ada 4 cara bagaimana pelaburan hartanah dapat menjana pendapatan, dan menjadikan seseorang jutawan.
Namun demikian, bukan bermakna jika korang beli hartanah, korang boleh terus jadi jutawan.
Perkara ni perlukan *ILMU & strategi* yang baik untuk memperolehi kekayaan daripada hartanah.
Ramai pakar kewangan mengakui bahawa pelaburan tradisional (jual beli hartanah) zaman-berzaman ini, adalah pelaburan yang paling SELAMAT .
Macam mana hartanah boleh menjana pendapatan untuk korang?
Dengan 4 teknik awesome ini
.
.
.
📌teknik #1 : kenaikan harga (capital appreciation)
Masa beli, memang tak nampak apa. Tapi lepas 10 tahun atau lebih…
Kenaikan harga sebenarnya adalah salah satu cara bagaimana korang boleh jadi jutawan dengan hartanah.
Mana taknya. Jika hartanah sebelum ini berharga RM200,000 pada 10 tahun yang lalu,
dan ketika ini, kebanyakannya hartanah itu telah mengalami kenaikan harga sehingga lebih daripada RM300,000.
Bermakna, korang dah jadi kaya dengan lebihan sebanyak RM100,000 (atau mungkin lebih lagi).
Namun, kenaikan harga bukannya naik setiap tahun.
Oleh itu, korang perlu lihat rekod transaksi hartanah tahun sebelum-sebelum ini.
Kebanyakannya setelah 20, 10, atau 5 tahun saja, sudah mengalami kenaikan harga disebabkan inflasi, serta _"Demand"_ permintaan yang tinggi pada sesebuah hartanah.
Sebab tu, kalau korang nak jadi jutawan dengan mengaut keuntungan daripada kenaikan harga,
korang perlu tahu... bagaimana nak cari "ciri hartanah" yang memberi pulangan pelaburan yang tinggi.
Bukan semua hartanah dapat memberikan pulangan yang tinggi dalam jangka masa yang sama.
.
.
.
📌Teknik #2 : Positive Cash Flow , bulanan.
Untung yang korang dapat adalah lepas tolak hutang bayaran balik rumah kepada bank.
Misalnya, korang sewakan rumah dengan harga RM2,500, dan bayar kepada bank sebanyak RM2,000.
Maka keuntungan bulan bersih korang adalah RM500.
RM500 sebulan memang tak akan jadikan korang jutawan.
Jadi, untuk mencapainya, ada lagi 3 cara hebat untuk korang.
Memang jika kita tengok, sikit je jumlah keuntungan.
*Tapi jika korang mempunyai 10 unit rumah dengan purata untung RM500,
bermakna korang dah ada RM5,000!! Sebulan !!
RM5,000, jika ianya sudah boleh bagi korang pendapatan pasif tanpa perlu bekerja,
dah cukup bagus untuk buat perkara yang korang suka, atau menambah lagi pelaburan hartanah .
"Ia juga boleh dikategorikan "Financial Freedom" bagi sesetengah individu .
.
.
.
📌teknik #3 : OPM (others people money )
Anda tidak Perlu guna 100% duit sendiri
Berapa ramai yang ada wang tunai untuk beli hartanah secara tunai?
Jika ya, berapa banyak pulangan yang korang boleh dapat daripada pengeluaran modal yang tinggi?...
berbanding jika menggunakan pembiayaan daripada bank?
Misalnya jika korang ada RM1 juta, daripada hanya membeli 1 buah hartanah saja,
jika wang tersebut digunakan untuk membeli 10 buah rumah dengan sewa dan kenaikan harga hartanah yang baik, korang boleh menjana pendapatan 10 kali ganda.
Jika keuntungan sewa rumah adalah RM500, dengan 10 buah rumah, korang akan memperolehi RM5,000.
Jika korang dah membayar pembiayaan hartanah setiap tahun, wang pembiayaan berkurangan dan ekuiti hartanah korang akan bertambah.
"Jadi, Beli hartanah, biar ada strategi!"
Sebaiknya, beli hartanah dengan strategi dan kawasan yang akan sentiasa meningkat dari sudut nilai.
Jadi jika ada 10 buah hartanah dengan pembiayaan yang telah di bayar selama 10 tahun,
maka ekuiti bagi 10 buah hartanah menjadi positif dan bertambah 10 kali ganda.
Wang tunai RM1 juta bukan hanya bertambah 10 – 20%,
malah boleh menjadi 100% atau
lebih (RM 2 juta atau lebih keuntungan) dengan hanya menggunakan pembiayaan (guna wang bank) untuk melabur dengan hartanah.
.
.
.
📌teknik #4 : Jual hartanah, ada pengecualian cukai?
👉🏼Yang terakhir sekali (cara yang osem) untuk menjana kekayaan,
adalah dengan "pengecualian cukai" setelah hartanah dibeli lebih daripada 5 tahun.
Ya, korang mesti memiliki hartanah di atas nama peribadi untuk mendapat pengecualiannya.
“Bagaimana pengecualian cukai membantu korang memperolehi keuntungan?”
Secara dasarnya, jika korang bekerja dengan gaji setahun RM100,000 dan berbisnes pula dengan keuntungan sebanyak RM100,000,
kedua-dua pendapatan tersebut akan dikenakan cukai sekurang-kurang *20 – 25%.
Walaupun korang boleh mendapat pengecualian cukai daripada pendapatan dan bisnes (seperti Takaful, perbelanjaan ubat ibu bapa, perbelanjaan sekolah, kolej, universiti anak, dan lain lain), korang tetap akan dikenakan cukai dan potongan di buat setiap bulan atau pada setiap tahun cukai dikenakan.
Tetapi jika korang menjual hartanah pada tahun ke-6 dan korang menjana keuntungan sebanyak RM100,000,
korang sebenarnya tak perlu membayar cukai.
Dan inilah yang dikatakan dengan keuntungan daripada pengecualian cukai hartanah selepas 5 tahun anda memilikinya.
.
.
.
Jadi,
Buatlah semakan ceklist DietWang , susun segala kewangan mengikut prioriti ,
baru mula melabur terutama pelaburan hartanah.
Juga, kita kena sentiasa bersyukur dan Allah akan tambahkan lagi rezeki kepada kita, inshaa allah.
Setiap pelaburan ada baik buruknya.
Namun sebaik-baiknya pelaburan adalah
👇🏼👇🏼👇🏼
PELABURAN ILMU.
*(Sila lihat jadual LHDN untuk maklumat lanjut tentang info cukai )
Dinie Ahmad
PENCINTA HARTANAH
"MeRumahkan Rakyat & Celik DietWang"
Comments
Post a Comment