4 Teknik Jana INCOME dari Hartanah

Banyak perkara yang coach nak kongsikan,
Sebenarnya ada banyak cara atau teknik nak buat duit melalui hartanah.


Tapi, nah coach bagi 4 teknik yang paling femes dan ramai orang tahu dan terdedah!


Jadi, Jika koorang berminat nak ceburi pelaburan ini dan buat untung?

Korang berada dekat tempat yang betul tapi boleh melingkup kalau tanpa ILMU yang betul.


Sebelum apa-apa, dan yang paling penting;

Coach nak maklumkan yang ini bukan skim ‘cepat kaya.’

Pelaburan hartanah perlukan masa. Ini bukan pelaburan untuk orang yang nak untung esok lusa, kata kuncinya objektif & tempoh (duration.)

AMARAN : ini untuk newbie, yang dah pandai, boleh kongsikan lagi ILMU PUTAR Halilintar hartanah korang.


Mari memahami macam mana nak jadikan pelaburan jana untung untuk jangka masa pendek dan panjang.

Mengikut kebanyakan pelabur pelabur hartanah;

ada 4 cara bagaimana pelaburan hartanah dapat menjana pendapatan, 
dan menjadikan seseorang jutawan.

Namun demikian, bukan bermakna jika korang beli hartanah, korang boleh terus jadi jutawan.

Perkara ini perlukan strategi dan pasukan yang baik untuk memperolehi kekayaan daripada hartanah.

Ramai pakar kewangan mengakui bahawa pelaburan tradisional (jual beli hartanah) zaman-berzaman ini, adalah pelaburan yang terbaik di atas muka bumi ini


Macam mana hartanah boleh menjana pendapatan untuk korang? Dengan 4 teknik ini :

Teknik 1 : Masa beli, memang tak nampak apa. Tapi lepas 10 tahun..

Kenaikan harga sebenarnya adalah salah satu cara bagaimana korang boleh jadi jutawan dengan hartanah. Korang boleh panggil juga capital appreciation.

Mana taknya. Jika hartanah sebelum ini berharga RM300,000 pada 10 tahun yang lalu, dan ketika ini, kebanyakannya hartanah itu telah mengalami kenaikan harga sehingga lebih daripada RM600,000.
(Anggarkan hartsnah di klang valley)

Bermakna, korang dah jadi kaya dengan lebihan wang sebanyak RM300,000 (atau mungkin lebih lagi).

Namun, kenaikan harga bukannya naik setiap tahun. Oleh itu, korang perlu lihat rekod transaksi hartanah tahun sebelum-sebelum ini dan juga boleh semak terus dengan pegawai bank.

Kebanyakannya setelah 20, 10, atau 5 tahun saja, sudah mengalami kenaikan harga disebabkan inflasi, serta permintaan yang tinggi pada sesebuah hartanah.

Sebab tu, kalau korang nak jadi jutawan dengan mengaut keuntungan daripada kenaikan harga, korang perlu tahu bagaimana nak cari hartanah memberi pulangan pelaburan yang tinggi.

Bukan semua hartanah dapat memberikan pulangan yang tinggi. Jangan dengar sangat cakap orang, takut jadi nak jadi JUTAWAN sebaliknya jadi RUGIWAN!

Teknik 2 : Ibarat Mesin duit gaji korang sendiri.

Untung yang korang dapat adalah lepas tolak hutang bayaran balik rumah kepada bank.

Misalnya, korang sewakan rumah dengan harga RM1,800, dan bayar kepada bank sebanyak RM1,200. Maka keuntungan bulan bersih korang adalah RM400.

RM400 sebulan memang tak akan jadikan korang jutawan.

Jadi, untuk mencapainya, ada lagi 3 cara osem untuk korang.

Memang jika kita tengok, sikit aje jumlah keuntungan.
Tapi jika korang mempunyai 10 unit rumah dengan purata untung RM400, bermakna korang dah ada RM4,000!

RM4,000, jika ianya sudah boleh bagi korang pendapatan pasif tanpa perlu bekerja, dah cukup bagus untuk buat perkara yang korang suka, atau menambah lagi pelaburan hartanah aliran tunai untuk korang jadi kaya dan berjaya.

Inilah juga adalah FINANCIAL FREEDOM bagi sesetengah orang, kalau boleh bersara MUDA, mengapa nak tunggu TUA kan.

Teknik 3 : Kalau tiada modal, anda tak payah guna duit sendiri!

Berapa ramai yang ada wang tunai untuk beli hartanah secara tunai?

Jika ya, berapa banyak pulangan yang korang boleh dapat daripada pengeluaran modal yang tinggi, berbanding jika menggunakan pembiayaan daripada bank?

Misalnya jika korang ada RM1 juta, daripada hanya membeli 1 buah hartanah saja,

jika wang tersebut digunakan untuk membeli 10 buah rumah dengan sewa dan kenaikan harga hartanah yang baik, korang boleh menjana pendapatan 10 kali ganda.

Anggarkan,
Jika keuntungan sewa rumah adalah RM400, dengan 10 buah rumah, korang akan memperolehi RM4,000.

Jika korang dah membayar pembiayaan hartanah setiap tahun, wang pembiayaan berkurangan dan ekuiti hartanah korang akan bertambah.

Beli hartanah, biar ada strategi. Baru boleh buat untung  kaw-kaw!

Itu jika hartanah tak mengalami penurunan harga. Sebaiknya, beli hartanah dengan strategi dan kawasan yang akan sentiasa meningkat dari sudut nilai.

Jadi jika ada 10 buah hartanah dengan pembiayaan yang telah di bayar selama 10 tahun, maka ekuiti bagi 10 buah hartanah menjadi positif dan bertambah 10 kali ganda.

Wang tunai RM1 juta bukan hanya bertambah 10 – 20%, malah boleh menjadi 100% atau lebih (RM 2 juta atau lebih keuntungan) dengan hanya menggunakan pembiayaan (guna wang bank) untuk melabur dengan hartanah.

Teknik 4 : bila jual hartanah, dapat  pengecualian cukai?

Yang terakhir sekali cara untuk menjana kekayaan, adalah dengan pengecualian cukai setelah hartanah dibeli lebih daripada 5 tahun.

Ya, korang mesti memiliki hartanah di atas nama peribadi untuk mendapat pengecualian cukai ini.


“Bagaimana pengecualian cukai membantu korang memperolehi keuntungan?”



Secara dasarnya, jika korang bekerja dengan gaji setahun RM100,000 dan berbisnes pula dengan keuntungan sebanyak RM100,000, kedua-dua pendapatan tersebut akan dikenakan cukai sekurang-kurang *20 – 25%.

Walaupun korang boleh mendapat pengecualian cukai daripada pendapatan dan bisnes (seperti Takaful, perbelanjaan ubat ibu bapa, perbelanjaan sekolah, kolej, universiti anak, dan lain lain), korang tetap akan dikenakan cukai dan potongan di buat setiap bulan atau pada setiap tahun cukai dikenakan.

Tetapi jika korang menjual hartanah pada tahun ke-6 dan korang menjana keuntungan sebanyak RM100,000, korang sebenarnya tak perlu membayar cukai.
Dan inilah yang dikatakan dengan keuntungan daripada pengecualian cukai hartanah selepas 5 tahun anda memilikinya.
Bermakna, korang memperolehi kekayaan yang lebih daripada pendapatan yang lain.

"belajar ilmu asas kewangan melalui tips Diet Wang dahulu, kemudian, baru mula melabur"

Apa-apa pun, setiap pendapatan yang kita perolehi adalah rezeki yang dikurniakan Allah SWT.

Oleh yang demikian, sentiasa bersyukur dan Allah akan tambahkan lagi rezeki kepada kita,inshaa Allah.

Setiap pelaburan ada baik buruknya.

Sebab itu, sebaik-baiknya buat analisis dahulu serta persiapkan diri ILMU asas kewangan sebelum membeli/menceburi bidang pelaburan hartanah, perniagaan dan juga lain-lain pelaburan.

(*Sila lihat jadual LHDN untuk maklumat lanjut tentang berapa cukai dikenakan kepada gaji dan pendapatan bisnes korang).

     "Kuasa & kuasai Hartanah"

Coach Dinie Pencinta Hartanah

Comments

Popular posts from this blog

Al Hambra Laju & Maju

6 Risiko Pemilikan / pelaburan dalam Hartanah

Al Hambra Partners