Fungsi Polisi Sakit Kritikal 1JUTA vs Medical Card 1JUTA.

KEHIDUPAN REALITI : Polisi Sakit Kritikal 

Bila saya melakukan promosi booth dan taklimat, situasi ini selalu juga berlaku kepada saya;



"Puan Dinie, saya sebenarnya sudah ada medical card unlimited", 

"Saya juga sudah ada hibah takaful RM1 juta. Jadi saya sudah tidak fikir saya perlukan lagi sebarang polisi takaful tambahan", kata seorang prospek.


"Wah, bagusnya ! Bukan semua orang macam Cik ini yang memiliki kesedaran kepentingan takaful ", kata saya.

Dia memandang saya sambil senyum. Kemudian saya bertanya;

"Namun, jika cik ditimpa penyakit kritikal, berapa banyak nilai coverage polisi cik?"

"Unlimited!", katanya penuh keyakinan

"Maksud "unlimited", 
polisi yang cik itu boleh memberikan seberapa  banyak amaun pampasan yang cik perlu jika disahkan penyakit kritikal?", tanya saya 

Prospek mengangguk-angguk namun ada sedikit kelainan diwajah beliau.

Saya tanya semula.

"Jadi,  pampasan tunai yang cik akan dapat daripada "medical card"  adalah unlimited ya." soal saya. Sengaja perkataan "medical card" saya tekankan.

"Maksud Puan Dinie?", tanya beliau.

“Maksud saya, berapa pampasan tunai yang akan cik terima apabila disahkan menghidap penyakit kritikal?

Wang tunai ini sangat berguna untuk belanja harian cik selepas ditimpa penyakit kritikal. 
Sebab selalunya apabila menghidap penyakit kritikal, seseorang sudah tidak mampu bekerja lagi"  

"RM 1 juta... kot..", jawabnya tersekat-sekat. Kurang yakin seperti tadi.

"Dan adakah cik  yakin RM1 juta daripada hibah takaful cik akan dapat apabila kena penyakit kritikal?"

Beliau menggeleng kepala perlahan.

"Cik sebenarnya coverage unlimited medical card itu adalah coverage pembayaran kos rawatan hospital yang akan dibayar daripada syarikat takaful kepada hospital, bukan kepada peserta", jelas saya.

Saya menyambung lagi;

"Manakala RM 1 juta hibah takaful itu akan diperolehi selepas cik meninggal dunia".

Beliau nampak mengangguk-angguk perlahan.

"Saya beri contoh situasi. Sekiranya semalam, cik ditimpa penyakit kritikal seperti kanser, buah pinggang atau sebagainya, kos rawatan setiap kali cik ke hospital berkaitan penyakit itu akan dibayar oleh medical card yang cik sedia ada ini

"Dan  apabila ditimpa penyakit kritikal, selalunya pesakit dah tak mampu bekerja ,setuju?", kata saya

Dia bersetuju, mengangguk- angguk .

"Ya, malahan Syarikat yang cik bekerja sekarang sudah tentu terpaksa memberhentikan cik juga , 
Jadi pada waktu itu sudah tentu cik tidak dapat lagi gaji bulanan seperti sebelumnya, setuju?".

"Pada waktu inilah polisi takaful penyakit kritikal akan berfungsi untuk memberi BANTUAN penyelesaian masalah kewangan tadi sebagai penggantian pendapatan".

"Jadi, di samping memiliki polisi medical card ini, 
Kita perlu juga memiliki takaful penyakit kritikal, sekurang-kurang bersamaan dengan pendapatan kita selama 3 ke 5 tahun".


Kenapa 3 ke 5 ke tahun?

"Sebab selalunya seseorang yang ditimpa penyakit kritikal, ada tempoh 3 ke 5 tahun untuk sembuh atau meninggal dunia, setuju?"

Contoh kiraan:
gaji sebulan= RM5,000, 
nilai gaji setahun = RM60,000
Jika nilai gaji 3tahun = RM180,000 
Jika nilai gaji 5tahun = RM300,000
Jadi..jika anda boleh memiliki polisi melebihi pampasan 300,000 lebih baik.



Umumnya, semua jenis perlindungan takaful adalah saling melengkapi antara satu sama lain, dengan fungsi berbeza-beza. 
Ibarat rumah kita yang memerlukan pintu, bumbung dan pagar.

Medical card  fungsinya  adalah untuk membantu membayar bil perubatan 
apabila dimasukkan ke hospital. *(Wang ke Hospital)

Manakala "hibah takaful" pula berfungsi apabila berlaku kematian. *(Wang ke Waris)

Dalam masa sama ramai yang terlepas pandang "polisi penyakit kritikal" untuk memberi &
*bantuan kewangan TUNAI apabila ditimpa musibah penyakit kritikal.

Dan ada juga manfaat "waiver of critical illness"  yang boleh ditambah, yang berfungsi menjadikan polisi percuma tidak perlu bayar sekiranya peserta di sahkan mengidap 1 dari 36 sakit kritikal. *cuma selalunya caruman polisi takaful sakit kritikal akan tinggi dengan manfaat ini.. 

Maka, saranan saya, ambil nilai pampasan sakit kritikal menyamai 5 ke 10 ganda nilai gaji setahun lebih baik kerana peserta akan menerima wang yang lebih banyak kegunaannya, untuk menampung;

ubat tambahan/supplement, upah pembantu pesakit dirumah, pasangan boleh cuti tanpa gaji dan gunakan wang untuk biayai liabiliti dan juga boleh digunakan untuk membayar polisi sedia ada jika tiada manfaat waiver ini.



(contoh salinan sebenar surat manfaat Waiver diluluskan)



Juga, untuk pengetahuan semua, sejak Januari 2017, bank negara telah meminta semua syarikat Takaful untuk menyeragamkan /samakan senarai penyakit kritikal lepada 36jenis penyakit kritikal yang dilindungi.

(Ini adalah contoh senarai penyakit kritikal yang  biasanya dilindungi, jadi semak polisi sedia ada anda)



Mungkin ada yang sangka, untuk memiliki polisi penyakit kritikal memerlukan sumbangan yang tinggi, tapi sebenarnya tidak semestinya.

contoh pengiraan  ; 
Perlindungan RM500,000 utk penyakit kritikal, kematian dan lumpuh - 

sumbangan bulanan hanya๐Ÿ‘‡๐Ÿผ๐Ÿ‘‡๐Ÿผ๐Ÿ‘‡๐Ÿผ๐Ÿ‘‡๐Ÿผ๐Ÿ‘‡๐Ÿผ๐Ÿ‘‡๐Ÿผ
RM149 untuk coverage lengkap INCOME PROTECTION SETENGAH JUTA bagi usia 30 tahun
.
.

Jika tunggu lagi, umur 40an sebulan menjadi RM269 pula, itupun jika masih layak untuk daftar.


WAKTU TERBAIK MELANGGAN POLISI SAKIT KRITIKAL ADALAH 61HARI SEBELUM DIDIAGNOS SAKIT KRITIKAL,
atau...

SEKARANG !

"Sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tiada gunanya.."

(banyakkan sedekah, doa dan jaga pemakanan&lifestyle  juga boleh elakkan dari musibah sakit kritikal, in shaa allah)
.
.
.
Berminat nak tahu lanjut?
Boleh hubungi mana-mana konsultan Alhambra Ringgit.

.
.
.



Coach Dinie,IFP & Group
0122969508
www.alhambraringgit.com



*disclaimer: ini adalah pengalaman sebenar sepanjang berkecimpung dalam bidang kewangan & takaful ini sejak 10tahun yang lepas.

Comments

Popular posts from this blog

Al Hambra Laju & Maju

6 Risiko Pemilikan / pelaburan dalam Hartanah

Al Hambra Partners