Tip kewangan Orang Muda kena tahu

Tip kewangan Orang Muda kena tahu

Zaman kini, nak jumpa JUTAWAN muda bukan perkara pelik, zaman teknologi dihujung jari,  "game" bisnes sudah banyak berubah terutama bisnes retail / trading.

Coach puji, ramai orang muda, orang Melayu Islam kita dan celik ILMU serba serbi pasal bisnes dan  pandai berbisnes sampai berjaya dan kaya.

Namun, dikalangan orang muda, masih ramai yang tiada pendedahan tentang ILMU URUS DUIT, atau URUS KEKAYAAN.

jika tak, masakan statistik AKPK menunjukkan berikut;
Pada umur yang muda, mereka sudah jadi muflis.
 Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dalam laporannya menyatakan golongan inilah yang menghadapi masalah menyelesaikan hutang, 27% menyatakan bahawa mereka hilang kawalan akan kegunaan kad kredit mereka dan 22% menyatakan bahawa mereka menghadapi keadaan susah kerana pengurusan yang lemah.

Menurut kajian yang dikendalikan oleh Citibank (The Star, 19/2/2009) pula:

• 37% responden menyatakan bahawa mereka agak bimbang akan masa hadapan kewangan mereka;

• Secara purata, rakyat Malaysia mempunyai simpanan hanya untuk sebelas minggu sahaja;

• Sejumlah 12% menyatakan bahawa mereka tidak menabung sama sekali;

• Sejumlah 66% tidak yakin dengan simpanan persaraan mereka;

• Hanya 22% mempunyai rancangan persaraan yang formal;

• Walaupun 86% menyatakan bahawa mereka cuba mematuhi kepada bajet, hanya 28% berjaya mematuhi bajet mereka; dan

• Lebih 25% tidak pernah berfikir atau memulakan rancangan persaraan mereka.

Di dalam kaji selidik yang dikendalikan oleh Malay Mail (14/10/08) bertajuk, “Generation Y just doesn’t care – What recession? It is a non-event for young Malaysians” melaporkan bahawa, walaupun Malaysia mengalami kegawatan pada ketika itu:

• Belia masih berbelanja RM 300 – RM 500 sebulan untuk hiburan dan riadah;

• Mereka terlalu suka untuk membeli belah sehinggakan dilabelkan sebagai “dream consumers”; dan

• Ramai memiliki telefon bimbit yang mempunyai teknologi yang terkini

Dalam satu lagi kajian yang dilakukan oleh CIMB (11/11/2008), terdapat 93% yang ditemuduga menyatakan bahawa mereka sedar akan keperluan pengurusan kewangan. Maka jelaslah bahawa pengguna Malaysia harus dididik dan dilatih dalam pelbagai aspek perancangan dan pengurusan kewangan.

Dalam merancang kewangan, kita harus bertanya kepada diri sendiri tentang harapan, masa depan dan matlamat kita. Sebagai contoh, peristiwa-peristiwa yang kita akan lalui termasuk membeli rumah, membeli kereta, berkahwin, mendapatkan anak, pendidikan anak, melancong dan bersara

Dalam setiap fasa kehidupan, kita sering mempunyai kepentingan, tanggungjawab dan kehendak kewangan yang berbeza. Setiap peringkat hidup memberikan kita peluang dan cabaran yang berbeza. Apabila kehidupan kita berubah, maka kehendak dan keperluan kita juga berubah, Perancangan kewangan menyediakan diri kita untuk menghadapi peluang dan cabaran hidup ini.

Melalui perancangan kewangan kita dapat mengenal pasti cara-cara membuat belanjawan, menabung dan membelanjakan wang dalam suatu tempoh masa yang tertentu. Sekiranya kita merancang kewangan dengan cekap kita akan merasakan bahawa kita berupaya untuk mengawal kewangan kita dan memastikan kita akan berbelanja mengikut kemampuan yang sebenar.

Kerana, masih ramai  terutama orang muda tidak tahu teknik asas perancangan kewangan iaitu "simpan, cipta, urus, jaga dan kembangkan/tambah duit atau harta tersebut. 


Kebanyakan kita kumpul harta banyak-banyak, tiada sebarang plan perlindungan aset, ditambah  kemudian berlaku kejadian kematian , waris tidak tahu prosedur untuk uruskan dengan betul tanpa memakan / mengambil hak  anak yatim atau waris berhak lain.

Belum lagi, kita lihat / dengar / baca berita tentang kehidupan waris merana, hidup senang jadi melarat , dari memiliki rumah berteduh, kini merempat.

Masih rasa perancangan kewangan tidak perlu/ tidak penting?

Oleh itu, disini Coach Dinie IFP,  Islamic Financial Planner,   hendak kongsikan ILMU asas "Perancangan kewangan Islam."


Tip urus kewangan ada lapan (8) perkara utama iaitu; 

1) Cash Flow
2) Networth
3) Risk Management
4) Tax & Zakat
5) Islamic Investment 
6) Education & Hajj Fund
7) Retirement plan
8) Estate Planning & Waqf
.
.

Jika berminat hendak mengetahui lebih lanjut atau ingin  membuat analisa  penuh kedudukan kewangan personal kini dan akan datang , 
boleh tempah slot melalui email [email protected] 
atau 
hubungi talian 012-2969508 
untuk sesi temujanji atau taklimat .

Akhir kata, 
jom belia muda! , kita ambil tahu & buat tindakan!

Kelak, pabila meninggal dunia, setiap anak adam akan ditanya tentang perkara-perkara berikut;

“Tidak akan berganjak kedua kaki anak Adam pada hari kiamat disisi tuhannya sehingga akan ditanya tentang (5) lima perkara:

✍tentang umurnya dalam apa ia gunakan, 
✍tentang masa mudanya dalam apa ia habiskan, 
✍tentang hartanya darimana ia peroleh 
✍dan dalam apa ia belanjakan, 
✍dan tentang apa yang ia amalkan dari yang ia ketahui (ilmu).
                                -Hadis Riwayat Tarmizi-



Semoga kita sentiasa dalam rahmatNya & mendapat petunjukNya dalam setiap urusan terutama 5 perkara  termasuk perancangan kewangan kita .

 Aminnn...

Salam Ikhlas,
Coach Dinie Ahmad, IFP
Founder Alhambra Ringgit
5.12.2019

Comments

Popular posts from this blog

Al Hambra Laju & Maju

6 Risiko Pemilikan / pelaburan dalam Hartanah

Al Hambra Partners