TIPS 3K UNTUK ELAK BELI HARTANAH YANG BOLEH JADI FAKTOR POKET KORANG MAKIN KURUS!
TIPS 3K UNTUK ELAK BELI HARTANAH YANG BOLEH JADI FAKTOR POKET KORANG MAKIN KURUS!
.
Ramai yg nak beli rumah wajib tahu bahawa rumah boleh jadi #rahmat atau jadi #mayat dalam hidup kita.
Kalau beli dengan ilmu yang betul, in shaa allah rumah tu akan buat kita #bahagia. Kalau tersilap beli boleh jadi #bahana!
Jom khatamkan 3K ni;
.
✍K1 #Kemampuan Wang (Holding Power)
.
Ramai yang beli rumah tidak ukur baju di badan sendiri.
Rumah yg kita #mahu itu mungkin bukan rumah yg kita #mampu.
Walaupun korang mungkin nak sewakan rumah itu, korang mesti mampu bayar jika tiada penyewa, jadi jika korang nak beli 10 hartanah, pastikan korang mampu /reserved atleast 3 ke 6bulan total bayaran ansuran bulanan *installment bagi jumlah kesemua sepuluh (10) buah hartanah tersebut.
Layak/mampu dari segi slip gaji dan dokumen bank , belum pasti korang mampu dengan "cost of living / lifestyle" korang.
Sebagai contoh: Kalau baru kahwin, anak seorang, perlu ke tinggal di SemiD atau banglo, nanti peluang melabur pun tiada.
Ramai newbies hartanah tak tahu/kurang ambil tahu tentang kira kira yang sebenar yang perlu dibuat untuk elak tersilap beli rumah yang salah.
Since Coach Dinie belajar IFP (islamic financial planning), coach sarankan total expenses bagi lifestyle & liability jangan melebihi 50% gaji bersih korang.
.
K2 #Kriteria Hartanah
.
Sebelum membeli rumah, kita mesti kenal jenis & kriteria hartanah itu dulu.
Ramai yang beli ikut-ikut dan tanpa ILMU, maka tersilap beli di lokasi yg salah, tersilap beli jenis yg salah, dan tersilap beli pada harga yang salah.
Ilmu dan kajian yg betul akan bantu kita beli dengan bijak.
Bukan sikit tau harga kebodohan perlu dibayar, Ratusan Ribu Ringgit !!
Jadi korang mula dengan laburkan puluhan-ratusan ringgit dulu untuk ILMU.
.
K3 #Keluar dari Hartanah (exit plan)
.
Sebelum nak beli kena fikirkan apa yg kena buat selepas dah beli rumah tu.
Inilah isu paling besar dalam dunia hartanah. Kerana terlebih teruja, kerana gelojoh, benda yang utama, selalunya dibuat kemudian.
Dalam dunia hartanah tak boleh macam tu. Mesti jelas objektif / plan kita, samaada beli hartanah untuk buat rumah sewa ke, untuk jual ke, mesti dah "clear" sebelum beli rumah tu
1 lagi tips, letak diri korang kat situ, kalau korang tak sewakan, tak jual , korang sanggup tinggal disitu? Kalau jawapan korang laju jek cakap TAK, maka...korang kena fikir lebih lagi sebelum tapau rumah tu.
.
Sesi lain, Coach kongsikan tips utk bantu korang mudah lulus pembiayaan hartanah terutama yang kerja freelance/bisnes tiada payslip kerja tetap.
.
Salam ikhlas,
Coach Dinie Ahmad ,IFP
PencintaHartanah & CelikDIETwangSihat
December 2019
Comments
Post a Comment