Moratorium membantu musim Covid-19

🚦TIPS KEWANGAN untuk yang mengambil MORATORIUM Pembiayaan Bank

✍1st of all, ANDA JANGAN TERLALU GEMBIRA kerana ….

Anda mungkin akan menjadi insan yang KAYA SEKETIKA utk masa MCO ini, terutamanya mereka yang masih menerima GAJI PENUH seperti… 
*Kalau mampu, teruskan bayaran seperti biasa.

• Penjawat awam - beruntunglah kalau anda bekerja kerajaan 
• Pekerja syarikat GLC/Swasta yang besar2 - mungkin gaji penuh seperti biasa

TETAPI tidak semua orang bertuah seperti anda …. 

Terutamanya;
• Peniaga2 Kecil seperti warung2 tepi jalan, jual goreng pisang, jual nasi lemak dan sebagainya
• Peniaga2 Online affected juga sebab ramai yang akan simpan duit & kawal perbelanjaan untuk yang perlu sahaja skrg ni
• Industri yang bergantung kepada komisyen bila buat sebarang jualan 
• Mereka yang menawarkan servis harian seperti cleaning / aircond /plumbing / landscaping dan sebagainya (banyak juga dari kategori ni)
• Tak kurang juga ada yang diberhentikan kerja & Gaji mereka di potong
• Dan lain – lain (anda boleh tambah lagi….)
.
.
.

Klasifikasi Pendapatan di Malaysia dibahagikan kepada 3 golongan:

Menurut hasil penyelidikan Kaji Selidik Kemudahan Asas dan Pendapatan Isi Rumah 2019 dari JSM (Jabatan Standard Malaysia), 
Pendapatan Isi Rumah Median Kumpulan T20 sekurang-kurangya RM13,148, M40 RM6,275 dan B40 RM3,000

Pada pandangan saya, Moratorium Pembiayaan Bank adalah satu PELUANG yang amat baik & bermanfaat untuk Golongan M40 & B40, anda boleh mula ;
Semak portion Emergency Savings & Perlindungan Pendapatan anda terlebih dahulu;

1) Menyimpan duit tersebut untuk 💰Emergency Savings (sekurang-kurangnya nilai 6 bulan gaji) ke dalam Bank atau tempat yang susah untuk anda keluarkan seperti Tabung Haji /ASB.

2) Dapatkan 🗂Pelan untuk pengurusan Risiko Kewangan melalui Takaful (pastikan ambil yang islamik=Takaful sahaja).
✍Tips  Perlindungan asas INCOME protection /HIBAH Legasi adalah , 
10X nilai gaji tahunan, 
& Perlindungan Penyakit Kritikal sekurang2nya 1X-5X gaji tahunan anda. 

3) Pelan Perubatan (medical card)  yang memilki had penggunaan TAHUNAN melebihi RM200ribu – sebagai persediaan sekiranya perlu ke Hospital Swasta ,kerana  selain Covid-19, sakit lain, kemalangan dsbnya tidak dapat dibendung dgn PKP ini.. Naudzubillah. 

4) Review & Tambah @ Upgrade 📈Pelan Takaful sedia ada supaya perlindungan anda mencukupi (agar dapat menampung kita disaat memerlukan seperti kematian, didiagnos penyakit kritikal & sebagainya)
 "peace of mind for our Loved one"


5) Masa ini juga adalah masa terbaik untuk buat perancangan harta&pusaka, 
Contoh ;
membuat perancangan HIBAH dan WASIAT📜 (melantik pentadbir & pengurusan untuk harta pusaka kita setelah kita tiada nanti - kita hidup kini di musim musibah, belum habis influenza, kini diuji dengan Covid-19 seluruh dunia. Bila-bila aje Allah boleh panggil kita kembali) wallahua'lam. 

.
.

Bagi Golongan T20 dan keatas (income yg banyak & tidak affected😅), 

anda mungkin amat bertuah & BONUS untuk anda ada duit LEBIHAN yang boleh dilaburkan (saat ini harga unit pelaburan semuanya sedang merudum, the best time to upgrade your investment profile) 

DENGAN SYARAT setelah anda COMPLETEKAN carta "DIET WANG SIHAT" no. 1 hingga 6  atau sekurangnya 5 perkara  seperti diatas..

Masa ini  juga peluang untuk Saham Akhirat kita dengan bantu DERMA kepada yang ramai yang memerlukan...inshaa allah #kitajagakita
 

🚫Walaubagaimanapun, JANGAN SESEKALI BOROS!!

Membeli barangan yang tidak perlu/tidak penting, atau melabur labur skim cepat kaya ke.. 


Mari sama-sama BERINGAT kerana kita boleh sahaja diuji begini lagi di masa akan datang, mari kita hayati surah Yusuf 47-48.

Coach Dinie Ahmad
Islamic Financial Planner (IFP)
25.march.2020


#FinancialDietSolutions
#islamicfinancialplanning
#medicalcard
#emergencysavings
#wealthaccumulation
#wealthpreservation
#wealthdistribution
#LetsfightCovid19 

Comments

  1. Do you need personal loan?
    Loan for your home improvements,
    Mortgage loan,
    Debt consolidation loan,
    Commercial loan,
    Education loan,
    Car loan,
    Loan for assets.
    [email protected] Whatsapp +918929509036

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Al Hambra Laju & Maju

6 Risiko Pemilikan / pelaburan dalam Hartanah

Al Hambra Partners