6 Risiko Pemilikan / pelaburan dalam Hartanah


6 Risiko pelaburan hartanah yang anda perlu tahu secara am bagi seseorang yang mahu mulakan proses memiliki /melabur dalam bidang hartanah. 
Pembelian hartanah tidaklah semudah macam membeli /memiliki sebuah kereta atau sebagainya.

Namun dengan ilmu  anda boleh meminimakan risiko disamping memaksimakan keuntungan dalam bidang Hartanah ini.

Ramai tokoh kewangan & hartanah mengatakan pelaburan hartanah adalah pelaburan yang terbaik dan paling selamat.

Memang diakui ia boleh mendatangkan keuntungan dengan ilmu yang betul .

Malah akhir-akhir ini semakin ramai individu yang kini bergelar “SIFU hartanah” membuat seminar-seminar yang berorentasi pelaburan hartanah.

CD akui, ianya satu petanda yang baik untuk industri, 
tetapi dalam keghairahan untuk melabur dalam bidang hartanah ada RISIKO yang perlu kita ketahui dan buat perlu membuat profil kewangan & membina perancangan.

ISU paling penting, bagi CD, setiap hartanah yang korang nak miliki, walaupun untuk disewakan, pastikan installment bulanan tersebut korang mampu bayar.

Sebagai contoh,
CD membeli rumah kondominium 20 tingkat berdekatan KLCC yang berharga RM700,000.
Selepas financing, installment  bulanan CD adalah RM4,000  selama 25tahun.

CD bercadang untuk sewakan kepada expatriate  atau eksekutif/manager yang kerja di berdekatan KLCC terutama STAFF bidang oil&gas.

Ini setelah CD melakukan kajian, memang lokasi yang CD pilih dan bakal siap merupakan lokasi yang memberi rental yield yang tinggi, sewa sekitar 5k-6k sebulan.

Walaupun begitu,  CD kena pastikan jika tiada penyewa kelak, CD masih mampu membayar RM4,000 tersebut .

Jadi inilah yang dikatakan HOLDING POWER.
Dan ada 1 lagi, CD nak tahu, 
"is your family carried the same value of HP like you?.." (nak tahu kenapa, next entry CD post)
.
.
.
Oleh itu,
CD nak pesan, sebelum membina sebarang portfolio pelaburan. 

Mari kita kaji beberapa RISIKO pelaburan hartanah yang korang wajib tahu;

1. ASET HARTANAH TIDAK MUDAH CAIR

Hartanah adalah satu bentuk aset pelaburan yang sukar untuk dilupuskan berbanding dengan saham dan stok (tempoh kecairan stok dan saham lebih cepat dan mudah). 

Broker Saham Korang boleh menjual stok saham  korang secepat hari berikutnya , selapas korang maklumkan,

Manakala ejen hartanah mungkin terpaksa menjualnya dalam tempoh setahun.

Ini kerana setiap hartanah mempunyai ciri yang memberikan nilai berbeza-beza, walaupun ianya berdekatan dengan lokasi popular. Anda terpaksa menunggu pembeli untuk datang dan menerima harga yang ditawarkan, lagi tinggi nilai hartanah lagi kurang pembeli yang layak.

2.  SALES & Transfer of PUrchase mengambil masa yang LAMA, 6bulan atau lebih.

Menjual hartanah lebih susah dan mahal berbanding pelaburan yang lain.

Ini kerana nilai hartanah bergantung pada tempoh milikan pemilik. Dalam tempoh penjualan carian nilai dan hutang yang ada pada hartanah perlu dilakukan. 

Semua ini tidak sahaja memakan waktu malah mengambil banyak sumber masa & tenaga , juga kewangan walaupun anda telah mempunyai pembeli yang diketahui mampu dan bersedia untuk membelinya.

3. KOS memiliki/PELABURAN Hartanah lebih tinggi berbanding pelaburan lain.

Hartanah adalah satu aset yang mahal untuk dibeli. 

Sebagai contoh anda boleh membeli mana-mana saham berkuali dengan beberapa puluh ribu ringgit, tetapi dengan beberapa puluh ribu ringgit asset hartanah yang anda mampu beli mungkin tidak begitu berkualiti. 

Dan harga belian bukanlah satu-satunya kos yang ada semasa membeli hartanah.

Berikut ini, korang kena tahu:
 Duti stamp, peguam, ajen, juru nilai, kos pembatalan, insuran dan mungkin kos-kos pembaik pulihan adalah beberapa kos utama yang perlu diketahui sebelum membuat penilaian.

4. KOS Selenggara (maintenance)

Hartanah adalah pelaburan yang memerlukan penyelenggaraan sederhana- tinggi.

Korang tidak boleh membeli dan melupakannya.

Seperti mana apa yang sering dilakukan oleh pelabur saham dan stok ianya tidak seperti korang meletakkan wang didalam bank dan tunggu wang itu bertambah.

Semua hartanah memerlukan TLC (tender-LOVE&care) agar nilainya kekal relevan/tinggi.

5.   "Holding power " & kena LELONG
Mengukur kekuatan kewangan korang.

Contoh : Risiko rumah sewa tiada PENYEWA , juga seperti yang CD katakan diatas, 
semasa pemilikan hartanah ada juga kos-kos sampingan seperti cukai pintu dan cukai tanah, pinjaman perumahan, kos penyelenggaraan, kos perkhidmatan dan bil-bil ubahsuaian, yang mana kesemua ini akan menelan kos belanja yang tinggi ,dimana bakal mengorek reserved fund korang 
*(ini bagi yang ada RF, yang ikut tip Dietwangsihat  CD)

Kalau korang takde?
...Kebanyakan beli hartanah tiada perancangan tentang "profil kewangan" dan tiada "reserved fund/Emergency Fund"

Itu antata sebab, banyak  Hartanah sedia ada dalam senarai kena lelong, iaitu pembeli tidak mampu membayar installment bank melebihi 3 bulan, 
maka bank berhak /akan menghantar notis untuk menjual secara paksa rumah korang..iaitu dipanggil Lelong.

.
.
.

Jadi , bagaimana?
Korang rasa takut nak mulakan proses pemilkkan /PELABURAN  hartanah,
 bila dah selesai baca 6 Risiko Pelaburan Hartanah diatas?

Namun, bila semua risiko ini korang studi dan cari ILMU, maka pemilikan aset hartanah itu tidak menjadi beban/merugikan dikemudian hari, 
malah mengUNTUNGkan korang..

Sebab ada "10 Risiko RUGI korang tak memiliki HARTANAH"nanti CD share dalam next posting.

.
.
.
.

Akhirkata, sedikit selingan,
Antara tips , CD dengar ustaz cakap, bukan bila korang nak kahwin sahaja bUt solat istikharah,
..tetapi, mari amalkan...
Bila nak buat keputusaan besar seperti memiliki hartanah pun seeloknya tunaikanlah solat istikharah..agar semua perancangan  korang dipermudahkan  dan diberkati Allah SWT.......wallahua'lam. 

"Tiada suatu perkara dalam seharian yang berlaku dalam hidup kita berlaku tanpa izin dan pengetahuan Sang PENCIPTA,
.....maka,selalulah kita memohon petunjuk DariNya dalam apajua langkah dalam kehidupan  kita... in shaa allah. Amin.."

Dare to Dreams
Make things happen
Law of attraction 

Ikhlas dari Pena, 
Coach Dinie @ CD
TEPI LAUT
12 Julai 2020

Comments

  1. Do you need personal loan?
    Loan for your home improvements,
    Mortgage loan,
    Debt consolidation loan,
    Commercial loan,
    Education loan,
    Car loan,
    Loan for assets.
    [email protected] Whatsapp +918929509036

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Al Hambra Laju & Maju

Al Hambra Partners