kenapa kena Berniaga atau Bisnes


Perniagaan adalah satu tarbiyyah terbaik. Terbaik untuk mendidik jiwa anda dan belajar matlamat asala kehidupan. Perasaan tawakkal dan syukur paling banyak dalam jiwa orang yang berniaga.
Ramai antara kita membaca kisah sesudah Nabi SAW menjadi rasul iaitu di usia baginda 40 tahun. Namun ramai yang tidak tahu apa yang baginda buat sewaktu usia muda.

Ketahuilah, baginda bukan duduk bersahaja . Baginda ditarbiyyah pelbagai cara . Salah satunya jalan perniagaan . Baginda bercampur dengan pelbagai jenis manusia untuk belajar mengenali umatnya . Baginda merantau untuk mendekati kepelbagaian manusia.

Oleh itu, sunnah dalam perniagaan bukanlah mesti kaya. Kerana sunnah dalam perniagaan adalah tarbiyyah diri untuk menjadi hamba. Itulah cara Tuhan mengajar manusia.
Tingkatkan dalam hati rasa syukur dan tawakkal.
Sekiranya berniaga untuk kaya, maka tak perlu berniaga. Berniaga kerana nak kaya itu adalah kesilapan pertama.

Tetapi sekiranya berniaga untuk mencari nafkah dan berbakti memberi manfaat pada umat manusia, itulah matlamat asal perniagaan dalam agama.

Contohi Nabi SAW Dalam Semua Aspek Kehidupan

Berapa usia kita ? Contohi Nabi SAW di usia kita . Barulah ianya dipanggil mengikut sunnah . Nak sayang nabi s.a.w ? Kena tiru Nabi SAW
Sebab itu berniaga kena pegang 2 benda. Jangan malu dan jangan putus asa. Sebab dakwah juga tidak boleh malu dan putus asa. Barulah ia sunnah.
Aku juga pernah berputus asa berniaga. Tapi aku belajar rasa sakitnya jatuh, supaya kelak aku faham nikmatnya bangkit.
Sunnah itu bukan pada jubah, makanan atau pakaian.
Tetapi sunnah pada perlaksanaan . 
Selawat keatas baginda S.A.W.

CD kongsikan sahaja...

DinieAhmad 
012 2969 508 
Pejuang Bisnes Takaful.Emas.Hartanah

Comments

Popular posts from this blog

Al Hambra Laju & Maju

6 Risiko Pemilikan / pelaburan dalam Hartanah

Al Hambra Partners